Terdapat Lafadz Allah di Telinga Bayi Yang Baru Dilahirkan
Kejadian yang mengejutkan dan sekaligus menakjubkan berlaku di Mesir. Detik-detik ini terjadi apabila seorang doktor di sebuah rumah sakit di Mesir membantu isterinya melahirkan.
Si doktor terkejut apabila mendapati salah satu telinga bayi yang baru lahir tersebut terdapat lafadz Allah dalam bahasa Arab.
Doktor di rumah sakit di bahagian utara bandar Beni Suet, Sayyed Al Shareef berkata, isterinya tidak pernah berhenti berdoa semasa hamil. Memanjatkan doa supaya dapat melahirkan dengan selamat.
Dan Allah pun menjawab doanya itu. "Allah menjawab doanya dan memberinya bayi perempuan. Keduanya sihat ketika ini," tuturnya kepada harian Mesir, Alyoum7 selepas operasi caesar kepada isterinya.
Sayyed Al Shareef berkata akan memberi nama bayinya Sama (bahasa Arab untuk syurga).
0 Response to "Terdapat Lafadz Allah di Telinga Bayi Yang Baru Dilahirkan"
Post a Comment