Jalan Ini Mendadak Ia datang Selepas Raib 22 Tahun
Kuching Serawak, Sebuah jalan lama yang terendam air akibat pembinaan empangan di Padang Besar, Perlis, Malaysia tiba-tiba muncul kembali. Peristiwa alam ini terjadi setelah air yang menggenanginya mulai surut akibat cuaca panas ekstrem.
Jalan sepanjang satu kilometer di Kampung Sahabat, Tasoh yang menjadi penghubung Jalan Sahabat ke Desa Batu 12 itu muncul kembali, sejak beberapa minggu lalu selepas dilupakan selama 22 tahun.
Penemuan Harian Metro di kawasan itu menunjukkan, Jalan Titi Tinggi-Tasoh itu sudah tidak digunakan lagi oleh penduduk Kampung Sahabat sejak 1994. Atau kira-kira dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu selesai dibina.
Seorang penduduk kampung, Razali Saidin, 47, berkata, jalan itu bertakung selepas air Empangan Timah Tasoh, memenuhi setiap wilayah di kawasan itu yang mempunyai keluasan tiga hingga empat kali lapangan sepak bola.
"Tempat ini dipenuhi air dan tidak ada yang berani atau boleh menyeberangi jalan ini, namun sejak beberapa minggu lalu air sudah mula surut dan jalan lama ini muncul kembali sehingga dapat dilalui," kata Saidin.
0 Response to "Jalan Ini Mendadak Ia datang Selepas Raib 22 Tahun"
Post a Comment