Unik, Di Restoran Ini Chef Dan Pelayannya Ialah Kanak-Kanak


Restoran dengan menu lazat dan berbeza-beza sudah sering kita dengar. Restoran yang selesa dengan reka bentuk dalaman menarik mungkin juga sudah biasa bagi kalian.

Namun, restoran yang berkonsep unik seperti yang satu ini sudah hampir tidak pernah kalian jumpai. Kinderkookkafe adalah sebuah restoran keluarga di Amsterdam, Belanda yang dijalankan sepenuhnya oleh anak-anak.

Bermula dari memasak, melayani, membawa bil hingga mencuci pinggan. Semua kegiatan itu dilakukan oleh anak-anak dengan sedikit bantuan dari orang dewasa.

Menu yang disajikan di restoran ini bukanlah menu yang sukar. Cuma berupa satu set menu sederhana yakni hidangan utama dan hidangan penutup.

Untuk boleh makan di restoran ini kalian harus menempah meja terlebih dulu. Kinderkookkafe terdiri atas restoran, sekolah memasak, dan bahagian penjagaan anak. Biasanya orang tua akan membawa anak mereka ke tempat ini pada sore hari dan membiarkan mereka memasak untuk dimakan oleh keluarga mereka.

Di dalam dapur, anak-anak ini akan diajar cara memasak dan melayani tetamu. Dengan bantuan dan pengawasan daripada dua orang dewasa, anak-anak ini tersebut menyiapkan hidangan makan makam pada hari Sabtu dan membuat kue pie dan menyajikannya pada hari Minggu.

Hari itu dipilih kerana bertepatan dengan hari cuti sekolah supaya tidak mengganggu jam belajar mereka.

Gambar makanan yang tertera dalam senarai menu menunjukkan bahawa anak-anak ini boleh membuat sandwich, susu kocak dan kuih panggang.

Selain membuat makanan-makanan itu, semua kanak-kanak di Kinderkoofkafe boleh melakukan pekerjaan seperti menunggu meja, mencuci pinggan, berkhidmat di belakang meja minuman sampai dengan membuat nota pembayaran.

Kinderkoofkafe memang sengaja dibuat bukan untuk mengeksploitasi anak-anak tetapi untuk mengajar mereka bagaimana cara bertanggung jawab.

0 Response to "Unik, Di Restoran Ini Chef Dan Pelayannya Ialah Kanak-Kanak"

Post a Comment