Empat Sikap Senyap-Senyap Dia Membenciku


Suka atau tidak suka, bahawa di sekitar kita ada orang yang dengan diam-diam membenci kita. Kita memang tidak boleh jadi orang yang sempurna. Kita juga tidak boleh membuat orang lain merasa bahagia atau senang dengan sikap atau keperibadian kita.

Pernah sedar tidak kalau ada orang di sekeliling yang diam-diam membenci ...? Boleh jadi orang terdekatmu lah yang membenci dirimu. Namun bukan bererti kamu perlu berprasangka buruk. Cuma saja dengan lebih peka terhadap orang di sekeliling kita, kita akan lebih dapat berhati-hati ketika berkomunikasi dan juga bergaul.

Berikut ini 4 sikap yang pada umumnya terlihat dari orang yang diam-diam membenci anda:

Dia Tidak Pernah Senyum Padamu

Sering bertemu, sering berselisih, tapi dia sama sekali tidak pernah memberimu senyuman. Dia malah pasang wajah cuek apabila melihatmu. Mungkin masa itu dia sedang ada masalah atau moodnya sedang tidak baik. Tapi kalau perkara ini selalu terjadi setiap saat atau ketika kamu cuba tersenyum tetapi dia malah cuek, jangan-jangan dia menyimpan rasa benci atau ada sesuatu yang mengganjal di hatinya kerana kamu.

Dia Selalu Menjauhimu

Setiap kali ada saat-saat kamu dan dia bertatap muka atau bertemu kerana suatu kepentingan atau urusan, dia selalu kelihatan menjaga jarak. Saat kamu cuba mendekatinya, dia justru mundur dan menjauhimu. Masalahnya antara dirimu dan dirinya seperti ada sekat pemisah yang tidak boleh ditembus.

Dia menganggapmu Seolah-olah Tidak Ada

Saat beramai-ramai berkumpul bersama, dia menganggapmu seolah tidak ada. Dia tidak mengajakmu bersembang ataupun melibatkanmu dalam pembicaraan, misalnya perbincangan yang sedang berlangsung. Dan dia kelihatan malas dan tidak menatap matamu ketika bicara. Kamu ada di sisinya tetapi dia seolah melihat dirimu tidak ada.

Dia kelihatan Ingin Segera Hentikan Obrolan

Ketika berbual, dia kelihatan gelisah sendiri. Walaupun dia memperlihatkan bahasa tubuh tidak selesa. Saat kamu bercakap, dia selalu saja mengutarakan hal-hal yang secara tidak langsung ingin segera mengakhiri pembicaraan. Setiap kali kamu kelihatan bersemangat bercakap, dia malas-malasan menanganinya.

0 Response to "Empat Sikap Senyap-Senyap Dia Membenciku"

Post a Comment