Doktor Baik Hati Hibur Pesakit Kanak-kanak Sebelum Operasi Supaya Tidak Takut


Siapa yang tidak suka dan tersentuh dengan doktor yang ramah dan baik. Tentu, semua orang akan suka dengan doktor yang seperti ini. Selain itu, jika doktor tersebut masih muda. Masyarakat di China baru saja dihebohkan dengan gambar seorang doktor baik hati yang kelihatan sedang menggendong seorang anak kecil di salah satu rumah sakit di Zheijiang.


Ternyata doktor Shi sedang menghibur bocah perempuan yang ada di pangkuannya. Tanpa didampingi orang tua anak kecil, sang doktor yang diketahui bernama Dr Shi Zhio sedang menghibur dan menenangkan hati bocah. Soalnya, bocah yang berusia 2 tahun yang bernama Xiner tersebut hendak melakukan operasi bedah kerana menderita salah satu penyakit. Merasa takut dan tertekan, bocah itu pun menangis dan ketakutan. Namun, selepas doktor Shi menghiburnya dengan menunjukkan video lucu di telefon bimbit beliau, bocah itu menjadi lebih tenang dan boleh tersenyum kembali.

Doktor Shi berkata

"Saya tidak sampai hati jika harus melihat anak kecil menangis. Di rumah, saya juga mempunyai anak perempuan usia 6 tahun. Saya teringat dia ketika melihat bocah manis ini. Saya pun bersorak seperti saat buah hati saya menangis. Putri saya sangat menyukai video yang saya tunjukkan pada Xiner. Beruntung, Xiner juga menyukainya. Ia pun menjadi lebih tenang dan selesa. Saya hanya melakukan yang terbaik yang saya boleh "


Menurut maklumat yang ada, Dr Shi adalah doktor bedah pakar kanak-kanak. Di ruang operasi, ia mempunyai bermacam cara ampuh untuk menenangkan pesakit. Baik dengan pelukan atau juga dengan kata-kata dan menyanyikan lagu untuk pesakit. Sejak foto doktor Shi dan Xiner diuplaod di salah satu media sosial, foto kehangatan keduanya telah mendapat banyak pujian dari netizen. Netizen di China mendedahkan jika mereka sangat senang dan bangga dengan apa yang dilakukan doktor Shi.

Tidak cuma merasa senang dan bangga, beberapa netizen juga mengaku bahawa ia sangat tersentuh dengan kebaikan doktor ini. Baik sekali doktor Shi ini ya ... Semoga ia boleh selalu jadi doktor profesional dan ramah, baik dan disukai oleh semua pesakitnya.

0 Response to "Doktor Baik Hati Hibur Pesakit Kanak-kanak Sebelum Operasi Supaya Tidak Takut"

Post a Comment