Anjing Yang Setia, Tidur di Lokasi Majikannya Meninggal Akibat Tabrak Lari


Kisah kesetiaan seekor anjing kepada tuannya seperti tidak akan habis untuk diceritakan.

Sebuah kisah berlaku di bandar Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat. Seekor anjing ditemui warga tempatan tergeletak di salah satu ruas jalan di bandar itu.

Setelah dicari tahu, anjing tersebut merebahkan diri di tempat tuannya tewas akibat insiden langgar lari.

Dalam sejumlah foto yang tersebar di media sosial kelihatan Paco, baring tidak bergerak di lokasi Kelly Black, tempat dimana tuannya tewas.

Pada hari Jumaat yang lalu, polis Jacksonville mendapat laporan dari seorang warga yang mencari jasad perempuan berusia 42 tahun itu di tengah jalan.

Polis berkata, sebuah kereta sejenis trak menghentam Kelly Black di berhampiran tempat letak kereta sebuah kedai sebelum mengheret tubuh perempuan tersebut.

Polis berkata, kemungkinan besar pemandu kereta tidak menyedari bahawa dia sudah melanggar seseorang.

Tetangga Kelly Black berkata, perempuan itu sedang berjalan-jalan dengan Paco ketika kemalangan itu berlaku.

Warga tempatan melihat Paco di jalanan dan wartawan tempatan Russell Colborn memuat naik foto haiwan yang berduka tersebut melalui akaun Twitternya.

Para tetangga Kelly Black mengingat bahawa Paco ialah seekor anjing penyelamat yang pernah terlibat dalam operasi pencarian mangsa taufan Katrina beberapa tahun yang lalu.

Warga kemudian menghubungi keluarga Kelly Black yang akhirnya membawa pulang Paco. Dan Paco kelihatannya hidup bahagia dengan keluarga barunya.

0 Response to "Anjing Yang Setia, Tidur di Lokasi Majikannya Meninggal Akibat Tabrak Lari"

Post a Comment