Al-Quran Ditumbuhi Orkid hebohkan Penduduk Aceh
Kuching Serawak, Warga Simeulue, Aceh, dihebohkan dengan kabar tumbuhnya bunga orkid di atas lembaran Al-Quran. Kabar tersebut dengan cepat menjadi bahan perbincangan.
Bunga orkid itu tumbuh di halaman 406, tepatnya pada surat Attahrim ayat 8 hingga 12. Tingginya kurang lebih 10 sentimeter.
Adirmansyah (34) dan Samsidar (25) adalah penemu Al-Quran dengan bunga orkid tersebut. Kedua-duanya merupakan warga Desa lasengalu, Teupah Barat, Simeuleu.
Samsidar mencari Al-Quran itu tiga bulan silam, di parit berhampiran rumahnya. Pada masa itu, dia melihat bungkusan plastik terapung. Setelah diambil, ternyata isinya Al-Quran.
"Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi Al-Quran dan kitab Iqra yang basah," kata Samsidar.
Dia akhirnya membawa pulang Al-Quran itu. Sampai di rumah, dia membersihkannya. "Sampai di rumah saya cuci kitab itu sebelum dijemur dan disimpan di rak."
Samsidar bermaksud memberikan kitab tersebut kepada kedua-dua anaknya untuk digunakan belajar mengaji.
Namun baru-baru ini, ketika melihat semula Al-Quran itu, dia terkejut kerana mendapati tanaman orkid tumbuh dari lembaran Al-Quran itu.
"Pokok bunga orkid ini mempunyai 11 daun dan lima tunas," ujar Samsidar yang menganggarkan tanaman orkid itu berusia 20 hari.
Tak diketahui bagaimana orkid itu boleh tumbuh di atas Al-Quran itu. Apakah ada biji orkid yang melekat pada lembaran Al-Quran itu sebelum disimpan -anggrek boleh ditanam secara generatif dengan biji.
Atau tanaman itu diletakkan seseorang di lembaran itu? Tak jelas. Samsidar dan suaminya juga mengaku tak mengerti.
Yang jelas, gambar Al-Quran yang ditumbuhi orkid itu tersebar di dunia maya. Menjadi buah bibir. Wallahu a'lam.
0 Response to "Al-Quran Ditumbuhi Orkid hebohkan Penduduk Aceh"
Post a Comment